Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

18 April 2011

Teater Rebab Berbisik

Barisan anak didik Mak Yung di bawah Cikgu Rosnan Rahman...

Prop Pentas yang simple tp teknik pencahayaan yang dramatik

Seminggu sudah berlalu, maafkan aku kerna terlewat mengupdate blog kesayangan aku ni... padahal kawan aku yang laen semua bz mengupdate entri yang terbaru... aku je belum sbb kekangan masa ngan aktiviti aku di sekolah dan latihan tarian di studio. Namun aku masih semangat nk menceritakan sebuah teater yang bertajuk Rebab Berbisik yang dilakonkan oleh cikgu Mak Yong aku sendiri iaitu Cikgu Rosnan Rahman salah seorang pak yung negarawan kite ...

Pembuka suasana teater pada tika tu Miss Patra ... Shaz Penang

Alunan Rebab membuatkan aku terleka ... memang betul kalu dah org seni memang menjiwai lagu-lagu seperti ini...

Mengupas persoalan delima seorang Pak Yung Pak Su Mat yang merasakan kesenian mak yung kini makin dipinggirkan. Tambahan anak-anaknya Mimi dan Azri tidak mahu meneruskan kesenian yang dimiliki oleh Pak Su... sedehnya disini bagaimana Pak Su menceritakan kehebatan seni mak yung yang diwarisinya pada masa mudanya hinggala dia mengahwini Mek Ning ... segalanya diceritakan oleh Pak Su hinggalah ke pesanan Mek Ning tentang masa depan anak-anak mereka...

Watak Pak Su Mat oleh Rosnan Rahman

Azri anak Pak Su Mat seorang ahli warak dalam hukum hakam agama

Persoalan yang dikupas ialah bagaimana masyarakat masa kini dpt menerima kesenian Mak Yung ni tambahan dengan keadaan persekitaran masyarakat setempat yang menjadikan seni Mak Yung ni semakin dipinggir. Ini dapat dijelaskan dengan watak Azri seorang yang warak yang terlalu memikirkan halal-haram hinggalah watak Mimi yang merupakan seorang transeksual yang tidak mahu meneruskan perjuangan seni Mak Yung ....



Mek Ning

Mimi da Lobos .... mak aiii solid kan

Walaubagaimanapun sekalung tahniah kepada Cikgu Rosnan Rahman sebab membawa watak Pak Su Mat, Mek Ning, Azri dan Mimi sekaligus... bukan senang
membawa ke 4 watak sekaligus dalam monodrama ni... Apapun kehebatan monodrama ni dirasai jika anda sendiri berada di dalamnya... segala rasa sedeh, gembira, hilai tawa, tersentuh semuanya cukup rasa... tahniahla kepada garapan skrip yang baik dan pelakon yang sangat berwibawa... Aku as a anak muridnya rasa cukup berbangga dengan hasil karyanya yg sangat berjaya diangkat sebagai satu naskah teater yang cemerlang.... Tahniahla pada Rosnan Rahman sekali lagi....

Aksi dramatik Mimi da Lobos

Sempat tarik Uwei pengarah filem yg disegani.... bab ni mmg bes
Basah ... Basah ... Basah ...


13 April 2011

Rebab Berbisik - Rosnan Rahman


Sinopsis Monodrama Rebab Berbisik

Mengisahkan kepiluan seorang tokoh makyung iaitu Paksu Mat yang dilupakan tentang sumbangan dan pengorbanannya terhadap seni warisan iaitu MAKYUNG. Tiada pewaris yang sanggup menerima dan menjadi penerus kepada kesenian ini termasuklah anak-anaknya sendiri iaitu Mimi dan Azri.

Dalam masa yang sama juga beliau masih terkenangkan isterinya, Mek Ning iaitu merupakan Primadona makyung yang menjadi pujaan pada zaman kegemilangan makyung pada dahulu.

Sumber: Monodrama Rebab Berbisik,Istana Budaya,8-10 April 2011
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

12 April 2011

Kelas Mak Yung di bawah Rosnan Rahman






Akhirnya aku berjaya juga mengikuti kelas di bawah bimbingan Che Nan aka Rosnan Rahman salah seorang makyung negarawan kite... huhuhu bangga tu dpt study bawah dia... apa pun mencari ilmu tu dimana2 sahaja... dengan di introduce oleh kawan aku si Adie Waridi ... aku pun join class ni walaupun class dah masuk kelas ketiga... tp alhamdulillah cepat catch-up maybe sebab aku dah ada basic menari dari kecil lagi.... automatik boleh meliuk jari tangan aku ni hehehe... bonus bila belajar di kelas mak yung ni ialah aku dapat merealisasikan impian aku untuk membuat persembahan di Istana Budaya huhuhuhu.... thats my dream long time ago .... dan show d Panggung Budaya N9 .... serta akhirnya akan mendapat sijil khas hasil daripada kelas ini... Apa yang membanggakan sebagai anak Malaysia ini ialah mempelajari salah satu tarian yang diiktirafkan oleh UNESCO sedunia .... di samping sebagai warisan kepada generasi muda masa kini... tidak hanya kepada orang Kelantan je... org Swak pun mampu.... ko mampu hahhaha....

01 April 2011

Juz reminder as a friend walaupun kepahitan terpaksa ditelan ...

Heppy BurfdaY to KC ... semoga panjang umo dan murah rezeki serta dipermudahkan perjalanan hidup U bersama famili, teman-teman yang tersayang dan seseorang yang special dalam hidup U ... ingat kasih sayang mereka sentiasa berada disamping U ... anyway awal plak wish takut tk sempat nk wish ... and have a good trip to Melaka k ... Happy Belated Birthday to Izz Huznie Idraqie ... AMIN...

New Photoshoot Me and Nasyba











Thanks a lot to my fren Tun Fareed as a photographer for tis evening ... like it very much dear...