Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

29 November 2010

Hampeh la ... 2 Alam




Aku pun tak faham camne dia nak target 40 juta ngan cerita dia asyik diulang scene yang sama je kt cerita dia ni... DR dah tak pandai menilai ke mana cerita yang berkualiti dan tidak berkualiti...

Adam adalah anak kepada seorang bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.

Keranan kecemerlangannya di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.

Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.

Dia terbabit lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.

Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?

Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?

Yang pasti sinopsis yang aku dapat ni ada yang takda kena mengena dan tak diceritakan dalam filem nie.... apa da.....

Bolehla aku puji pada DR ni... percubaan yang berani walaupun siap kena kutuk pas kuar pawagam cite ni.... mesej yang disampaikan memang baik dan pengajarannya yg disampaikan mudah diterjemahkan namun kualiti gambar dan jalan cerita membuatkan perjalanan cerita ini umpama syok sendiri.... sedeh....

Lagi satu DR perlu kehendak penonton... ingat penonton bukan hanya mahu membeli tiket untuk melariskan filem ... penonton sekarang inginkan kepuasan dalam menikmati sesuatu filem tersebut... so buat filem ni bukannya satu perniagaan seperti herba-herba dan produk... buat filem adalah sebab tuk menyampaikan mesej dengan berkesan dan berkualiti...

*

Satu bintang yang mampu aku berikan dari 5 bintang yang ada

Komen mengapa aku beri satu bintang je :

1) Pengenalan awal memakan masa yang agak lama...

2) Lagu Amy Search (Salam terakhir) asyik diulang sepatut dalam satu filem boleh ada lebeh kurang 12 muzik yang dijadikan muzik latar dalam sesuatu filem... ini 2 je.... takkan kurang budget kot....

3) Terlalu banyak flash back sampai kiteorang boleh agak selepas ni dan kami tetido sekejap sebab scene yang sama banyak diulang... agaknya 3 hari je boleh siapkan filem ni....

4) Thumb up fo Aaron Aziz sahaja..... kepada watak Amy... wataknya sebagai pondan tu tak menjadi sorry to say... pondan tak jerit macam tu.... dan pondan tak lemah camtu jugak....






Akhirnya aku lepaskan semua...



Kenangan bes giler mandi kat Sungai Gabai memang tetap terpahat di dalam minda aku... ketenangan aku alami tak seperti aku alami sebelum ni... disini juga aku lepaskan segala kesedehan dan kemarahan aku simpan dan pendam selama ini... akhirnya terlerai jua semua kepedehan aku... dengan masakan oleh Kak Nora sememangnya melazatkan selera makan aku walaupun aku tahu badan aku naik at least ia bukan halangan aku untuk makan... lepas ni kenala workout kuat2 agar dapat kembalikan Iezwan Malek dahulu... hahahha... Anyaway terubat hati aku dengan menikmati keindahan alam sekeliling yang menghijau... aku rasa tenang sangat... dan lapang... Alhamdulillah... ku mohon dariMu agar aku menjadi lebeh kuat dan semangat selepas ni...


See happy sungguh meka... bes kan jika aku camtu sentiasa... skank alhamdulillah back to normal life now

26 November 2010

Sungai Gabai... nantikan kedatangan aku...


Esok aku akan berangkat ke Sg Gabai with my lovely fren... antara salah satu terapi aku tuk melupakan kesedihan aku dengan dia ... happy with my frenz dan dapat releasekan fikiran aku terhadap dia sedikit demi sedikit... Dengan menikmati keindahan ciptaan Allah SWT... sekurang-kurang aku rasa bersyukur di dunia yang indah ini... dan menyedarkan aku tentang kebesaranNya... Semoga esok hari adalah hari yang paling baik dan indah untuk aku... amin...

Sejambak Bukan Serumpun ...

Arahan Mat London .... shooting di Sg Besar, Sabak Bernam 19-23hb Nov. Antara barisan artis ialah Nazim Othman ( hero Ponti Anak Remaja), Wana Juara My Star LG, Maimoon Talib, Nabila Bell dan ramai lagi. Ini termasukla my lil bro aku Si Rhofeq tuh... so selamat menceburi dunia lakonan... drama sulung dia... bukan utama yea... pembantu je....anyway gud luck.


Bersama salah seorang pengarah filem pendek CHukaNg... Shuhaimi Lua Abdullah... erk bila nak amik aku plak (dalam hati berangan ahaks)

24 November 2010

Aku terpaksa lupakan dia..

Aku kena lupakan dia juga... plz jika aku teruskan juga... cita-cita aku takkan tercapai tambah aku tambah sedeh g..... walaupun aku tahu dia mahu kembali semula pada aku... namun syg camne pun aku kena pergi juga.... dunia aku sudah semakin hampir... jgn sia-siakan...

22 November 2010

Cinta Datang Kembali


Dalam hati ada taman.... inila perasaan aku skank... cukup membahagiakan aku skank... namun aku harus berdoa agar hubungan ini lebeh baik dari sebelumnya.... thanks awak...

15 November 2010

Terkilan dan sedeh diperlakukan begini

Apa perasaan anda jika benda yang kite tidak lakukan dituduh melakukannya... inila situasi aku alami skank... aku sedeh sebab orang yang menuduh aku ini adalah orang yang pernah aku sayangi dulu bagai nak rak... namun atas sbb semangat setiakawan aku boleh memaafkan lagi sekali utk kali ini... tetapi dengan nekad aku tak akan berhubung dengan dia lagi walaupun berkawan... sebab sudah berkali-kali dia melukakan perasaan aku sehingga hati aku skank sudah remuk rendam dibuatnya...

Apa yang mampu aku buat ialah mendiamkan diri... sebenarnya kesalahan pada dirinya sendiri kerana tidak dapat mengatasi masalah ini dengan sendiri... napa nak dengar kata orang yang tak dikenalinya... sedangkan aku sebelum ni dah dia kenal baik buruk aku pun dia tahu... napa masih nk tuduh aku bukan2.... sedeh sangat aku diperlakukan begini....

Apa pun aku kena kuat ... yes kuat iezwan.....

12 November 2010

Forget the past ...


Iezwan Malek akan membina hidup baru dan lebeh produktif dari dulu... diet , workout, new design, new level of fashionista, new look, and searching new LOVE me...



10 November 2010

Nadiku - Hanya dia saja di hati aku...


Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata Segala norma yang melena ku Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

CHORUS
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikanku
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

07 November 2010

My Besday 6 Nov 2010



ThaNks A Lot To My Dearest FreNz... Jijie / Anie / Wan... for da cake and simply party in the GreenBox... S2

05 November 2010

Menanti penuh debaran...

Bukan pasal apa pun... tp mengenangkan angka 28 bertambah ngan 1 angka akan menjadi 29 hehehhe.... 29 tahun aku di dunia ni.... thanks to ma dan pa yang bersusah payah menjaga dan membesar kan Wan ni... hehehe dan melayan karenah manja, cerewet anakanda ni...

29 tahun ni la banyak mengajar aku ttg erti matang dan menjadi seorang lebih dewasa berbanding hidup2 yang lepas banyak enjoy dan lupa diri hehhehehe.... namun aku tetap menjadikan aku ni seorang yang profesional dalam menghadapi apa yang melibatkan karier aku...

Semoga ngan 29 ni menjadikan aku bertambah matang, berdedikasi, kreatif serta sihat tubuh badan sentiasa... memandangkan karier aku banyak melibatkan penggunaan fizikal.... selain itu dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kurniaanNya berkat atas usaha aku lakukan selama ni...