Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

30 Ogos 2010

Mamat ni kena merdekakan kepala dia nie...

Sy baru nak berpatriotik tetiba plak mamat bernama Faddullah Syukri ni membusukkan nama anak-anak Swak.... aish melampau ni... kes buang bayi rasa nya banyak di semenanjung... pehal lak mamat ni kata Swak plak yang kena teruk...hanjeng... tambahan orang-orang kite iaitu orang Islam yang tidak sayangkan anak mereka... at least kami di Swak masih tahu untuk menilai nilai-nilai kemanusiaan ... kalu taknak bukan bermakna buang tapi memberikan kepada orang yang memerlukan... Bodohla FADDULLAH SYUKRI... ni la anak-anak zaman skank tahu untuk memporakperandakan perpaduan masyarakat kite... tak tahu makna erti nilai merdeka dalam diri masing2.....

29 Ogos 2010

Rindu membelengui hati aku...

Hurmmm tetiba plak aku teringat orang yang aku sayang.... semua yang aku sayangi taw... tak terlalu objektif ke seseorang... selalu orang salah anggap yang aku ni rindu dengan ni , dengan tu la, padahal aku merindui semua yang aku kenal dan sayang... huhuhu... 4 haribulan ni aku akan kembali ke kampung halaman aku.... hoorey bes lama sik pulang kampung kamek sia...hehehhehe

24 Ogos 2010

Man Of Sahara


Thanks to my photographer Aleff.... nice shoot from that place... and the theme of this photoshoot....

22 Ogos 2010

Rhofeq Erisman... Cograt menang dalam pencarian bakat baru...


Akhirnya menang juga protege aku nih.... berkat usaha undian rakan facebook impian dan harapan tercapai juga... aku sempat la pesan kat dia... jangan lupa diri , famili dan rakan-rakan yang selama ni menyokong dia sebelum ini... jangan jadi kacang lupakan kulit lak... yg penting siapa yang membawa dia ke peringkat sampai hari ini...

20 Ogos 2010

Minggu Sungguh Menguji Kesabaran

Tis week memang sangat tertekan walaubagaimanapun kesabaran aku menjadi kekuatan aku

untuk aku menyelesaikan assignment dan tesis aku sebelum 21 ni ... tensio tu lumrah la

perkara biasa jika bergelar pelajar universiti dan di samping aku bekerja ni...tp kuatkan

semangat je tempuhi segalanya.... apa-apa pun Adit... be strong ok...

17 Ogos 2010

My Protege Goin To Star Person after this....


Sekalung tahniah kepada Opek (sengaja aku guna nama kampung dia) sebab berjaya meraih ke final round dalam pertandingan pemilihan watak dalam video klip Pagi Band. Penyertaan dari minggu lepas bersaing dengan ramai orang termasuk la aku sendiri yang bersaing dengan dia...namun tersungkur di sekerat jalan.... kecewa ? hurmmm tolak ketepi... bangga adalah sebab Opek adalah hasil didikan aku sendiri dalam bidang modelling dan photoshoot... namun apa yang aku harapkan jika dia yang layak menang untuk ni... satu pesanan aku ... jangan lupa diri... siapa diri sendiri, asal usul dan kawan-kawan yang berjaya menaikkan dirinya... walaubagaimanapun gudluck for him atas usaha dan ketabahan dia untuk menjadikannya anak seni yang disegani.... namun ada banyak lagi pembelajaran yang harus aku ingatkan dan ajari ... insyallah ada masa aku ajar lagi apa yang ilmu dan pengalaman aku sebelum ni...

16 Ogos 2010

Berbuka di Shah Alam Potek....


Takda plan pun nak g sana... tapi sebab member kan susah dan jarang nak jumpa so luangkan masa di Shah Alam dan berbuka pose terus kat sana... Apa-apa pun kami bertiga memang kecoh... bulan pose ni semua orang lemah longlai manakala aku, ejiey dan wan sebaliknya....

Bulan Puasa

Sempena bulan pose banyak plan dibuat untuk bebuka bersama walaupun masing-masing bz... tetapi semangat setiakawan kami tetap dapat berbuka bersama... alhamdulillah... walaupun aku ada kesempatan dari segi kewangan namun budget makan berbuka tetap ada... rezeki dari Allah SWT... amin... Bab memasak walaupun setahun sekali skill memasak ni dipendamkan alhamdulillah dapat gak refresh semula skill tu hehehhehe... Kelmarin dulu teringin nak wat kari ikan ala mamak akhirnya berjaya gak.... yes... petang ni nak masak bersup pula.... huhuhu....oklah aku selitkan gambar sepanjang bulan pose ni....



10 Ogos 2010

Misz Aieda Photoshoot



Wanita kecil molek dan aktif ni memang pandai bergaya... tidak segan untuk menunjukkan pose2 yang menarik untuk ditatapi oleh lensa aku kali... aku tak banyak mengarah semuanya berjalan dengan profesional... walaubagaimanapun syabas kepada Misz Aieda atas kesungguhannya dia dalam menyelesaikan tanggungjawab aku selaku photographer untuk photoshoot kali ni...


Misz Yaya Photoshoot


Sabtu lepas baru-baru aku ngan 2 orang model bersama pembantu aku Amien dan jurumakeup aku sendiri Azizi ditemani oleh kawannya buat photoshoot untuk Misz Yaya dan Misz Aieda. Cadangan aku nak buat kat kawasan kapal karam di Sunshine Resort namun niat terpadam apabila melihat kawasan itu sudah dibersihkan huhuhu.... kalut gak nak cari tempat ... last-last Jiji cadangkan wat kat Casa Ricardo di Telok Kemang...Berikut gambar terbaik yang aku pilih untuk dipaparkan di sini....



09 Ogos 2010

Hidup Tak Semestinya Indah

Malam tadi malam yang sangat down... ngan hubungan aku dengannya. Aku bukan mengharapkan apa-apa juz hanya perhatian dia terhadap aku... maybe aku perlukan perhatian... dari sudut positivenya sekurang-kurangnya dia tahu perkembangan aku... ni aku sakit pun dia tak taw, walhal aku dah beritahu dia tp seolah-olah endah tak endah je... jangan nak berlagak perlu untuk mencover dirinya itu... tp kena juga amik berat orang yang disayangi.... aku kan sini hanya tanggung diri sendiri je walaubagaimanapun jika hal ini berterusan juga lambat laun aku kena tinggalkan dia juga memandangkan dari aku menyeksa aku sendiri biarlah aku meneruskan kehidupan aku yang seterusnya.

Walaupun kini aku mengharungi kemuraman dalam hubungan buat sementara waktu ini aku mahu menumpukan perhatian aku terhadap kerjaya aku sebagai cikgu, photographer dan study aku yang akan berakhir hujung tahun ni...Doakan aku berjaya k....

01 Ogos 2010

BLacKForeSt RoSeS by Miss Aina







Photographer by myself
makeup ; Amien my dancer student
dress ; Norazizi Baba

Place : Jeti Pantai Batu 4 PD
Time : Around 5 - 630pm