Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

29 Jun 2010

STACY - JAHAT SUPERB OFFICIAL VIDEO EVER!!




Tekejut plak aku ... RD... cograt dah la designer tetiba jadi model lelaki dalam video klip Stacy JAHAT.... walau apa pun ko makin superb.... support dr belakang
negengengenge....



26 Jun 2010

Suka ngan Pic Outdoor Yerm...

Bagai Pinang dibelah Dua.... secocok dan sepadan... alhamdulillah member aku ni dah menemui CINTA sejati dia... semoga Yerm kekal bahagia sampai ke anak cucu k....

Mariam Abdul Rahman @ Yerm... Tahniah Gurlz

Salah seorang member sporting aku dah pun menamatkan zaman dara dia... bes fren masa di Sek Long Jeeh dulu di Baram Ulu... tertunai hasrat dia nak buat majlis kawen dia ala-ala artis hehehe... aku bila plak... insyallah doa-doakan lah...

24 Jun 2010

Atoi Studio

Excited nyanyi dalam studio ... semangat membara walaupun tak seberapa mcm KRU Record ngengengen perasan ... namun sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk meneruskan liku-liku latihan untuk show Hari Guru nanti... kena perli ke kena kutuk ada aku kesah ... yg penting proses memperbaiki diri tu ada...

baru aku tahu betapa susah nak jadi penyanyi heheheheh




18 Jun 2010

Hari Kelima : The Red Man

Hari ni aku menghabiskan masa dengan sesi photoshoot untuk RofeQ kali kedua... Dengan tema 'The Red Man' menunjukkan bahawa photoshoot pada kali ni benar-benar mengujakan atas hasil yang diperolehi. Dengan menggunakan outfit jacket berwarna merah ia mampu menimbulkan kelainan di samping dengan teknik makeup shading di bahagian mata. Bertempat di R&R Pantai Bersih Seberang Prai kami melaksanakan tugas dengan pantas dan cekap walaupun disekeliling kami ada beberapa mata yang melihat hasil tugasan kami.... Terima kasih kepada Mak Guard kerana sudi menemani kami sehingga habisnya sesi photoshoot kami......

Hari Keempat : Welcome Seberang Prai

Hari Keempat aku berangkat ke Seberang Prai bersama Rofeq yang akan membantu aku dalam photographer perkahwinan sepupu aku di Bandar Bahru nanti.... sementara menunggu masa kenduri aku dan rofeq menghabiskan masa di Penang ... menikmati percutian sepanjang minggu ni.... aku sempat gak lepak ngan Shukry Ramli dan menikmati makan malam di Restoren Laut berdekatan dengan Queensbay. Huhuhu Bes.....

Orang kata makanan kat Penang memang bes2.... sampai aku pun sanggup ke tempat makan tu dua kali pasal nasi ayam sempoi dia memang sempoi abis.... huhuhu tanpa memikirkan berat badan aku dah naik ngengengenge.... saat tu la aku wat keputusan untuk menarik diri untuk pertandingan icon oleh Pakwe... bukan pasal aku demand mcm2 tp bagi orang muda cam Rofeq naik ..... aku ni suka belakang tabir je....

Hari Ketiga : Kellie's Castle Photoshoot


Sambil menyelam minum air pepatah melayu lama yang masih dipegang dan sebahagian dari diri aku ... bercuti sambil berkoje.... ngengengenge.... Destinasi pilihan pada hari ini ialah Istana Kellie .... bangunan separa siap yang ditinggalkan dengan pelbagai sejarah di sebalik pembikinan istana ni.... very kolonial dan seram... tapi itu yang aku mahukan... hehehe.... sambil jalan2 sambil photoshoot untuk si Rofeq ni.... mengada-ngada.... Apatah sesi photoshoot di photoshoot juga oleh pengunjung dan pelancong di situ.....

Hari Kedua : Kenduri dan Bermula Jalan-jalan Cuti Malaysia

Hari kedua aku , Rofeq and his mom going to another kenduri selang satu kampung di area Batu Karang. Melantak lagi... Anyway mujur kenduri satu lagi tiada kerna aku pun tak taw wujud ke tidak pasal dalam kad jemputan berserta tarikh dan tempat semuanya tertera namun majlisnya tak dijumpai... So we decide going to Teluk Intan by my lovely black gen2...singgah di rumah sedara Rofeq kat sana.... Petang tu sempatla jalan2 sekitar Teluk Intan... dan dalam sejarah aku pun sempat menjengah Menara Pisa Malaysia ... iaitu Menara Condong Teluk Intan.... memang diakui kecondongannya.... kagum sekejap la namun sedih sebab dinding menara tersebut tidak dipelihara dengan baik.... yolah bahan bersejarah tetapi tidak dijaga dengan baik.... sepatutnya kerajaan negeri Perak kenalah menjaga salah satu mercu tanda daerah ni ... mmmm.... okla aku selitkan juga beberapa keping gambar yang sempat di ambil pada hari tersebut.

12 Jun 2010

Hari Pertama : Perjalanan yang menenangkan...

Jam 815 pg aku bertolak, tiada perasaan menyesal, terburu-buru dalam hatiku... yelah nak bercuti kan so kenalah tenang... dan yang aku puas hati ialah aku tak terasa lama memandu sampai ke Kampar hari ni... Sampai umah Rofeq terus aku g kenduri umah kazen kat area situ gak... makan tak hingat ... waaaa.... risau aku yelah takut badan aku naik lak...

11 Jun 2010

Demam FIFA World Cup kini bermula....


Kini Demam bola sepak Dunia kian dirasai... Afrika Selatan menjadi tahun rumah untuk tahun ni... pelbagai buah negara akan menunjukkan kemampuan mereka untuk mendapatkan Piala Kemenangan World Cup ... apa yang menjadi perhatian ialah kedai-kedai mamak dan warung mula meriah sampai 2 hingga 4 pagi... tidak semeriah AF tapi lebey meriah lagi... bagi yang bujang dirumah... kalu dulu malas nak bangun 2-5 pagi kini tidak lagi... bagi yang kurang menonton bola sepak tetiba pula menjadi minat mania... dan kepada mereka yang tidak berminat bola sepak pula akan bergaduh dengan hosemate mereka masing-masing dan terpaksa juga berminat dengan bola kerna kebanyakkan channel tv lebeh kepada bola sepak hehehehhe..... hari-hari bola, makan bola , tido bola dan belajar pun bola... so apa-apa pun tak boleh apabila mania bola melanda pada musim ini hehheheheh.... aku walaupun kurang menonton sekurang-kurang aku bukan kaki bangku tetapi masih ada skill kalu dah diasah... dan musim ni aku dan hosemate gigih la menonton bola....tadi Afrika Selatan baru menjaringkan gol apabila berlawanan dengan Mexico.... Afrika Selatan selaku tuan rumah sudah mula menunjukkan taring mereka... untuk pertandingan sulung mereka pada hari ni....

08 Jun 2010

Perancangan Cuti 2 minggu nie....

Macam dah lama plak tak update blog. walhal baru minggu lepas... maybe kesibukkan membuatkan aku alpa sementara... Cuti sekolah dah beberapa hari berlaku... dalam erti lain aku tak bercuti still bz dengan perkara lain selain dari kor business aku sendiri... 3 hari awal ni dr Isnin dan Rabu aku kena bertugas di sekolah. Maklumla GPK kena bertugas dulu baru boleh bertugas... takda apa yang membosankan kerna dalam pada masa yang sama aku bz ngan keja lain g..... Hari ni PTK taw kat sekolah teknik PD... Wish me LUck K.... sambil tu nak antar baju batik nak ditempah sempena Hari Guru Peringkat Negeri nanti.... kan i akan perform kat MPS... dijangka lebih kurang 13,000 guru akan berhimpun pada malam tuh. Yang besnye.... aku perform sebagai lead solo lelaki untuk salah satu lagu akan dipersembahkan.... siap ada rakaman studio lagi....ngengenge...peluang aku yang nantikan walaupun susah payah mempertahankan kedudukan aku hehehhehehe.....


Tahniah pada sahabat aku Ridwan sebab telah mengikatkan tali pertunangan dengan Anie Abu Bakar... kawan satu sekolah dia masa di Puchong dulu. Dengan ada reunion sekolah mereka akhirnya jodoh meka diketemukan.... Alhamdulillah ... aku tumpang gembira dan menyokong penuh keputusan murni dibuatnya. 10.10.2010 adalah tarikh nikah dan persandingan akan dibuat dan tak bukan aku jadi photographer mmg tak sah.... hehehhehe.... siap dah tempat hotel untuk aku lagi hehehehehe....


Minggu lepas aku dah buat photoshoot untuk kawan aku si Sham Sempoi... saja aku nak buat untuk dia memandangkan dia tak pernah ada pic shoot yang terbaik aku lihat....so apa kata aku shoot dia pada malam tu di Putrajaya.... Kebetulan pula malam tu aku kena ajar si Sham bagaimana mengambil pic photoshoot ngan berkesan.... kalu ada kabur tu maafkan dia sebab dia baru nak belajar bermain kamera SDLR dan pose....hahahaahaha....


Dalam minggu depan pula aku akan balik ke KAMPUNG kat mana lagi...utara la...hehehhe....kebtulan ada majlis perkahwinan sepupu aku yang sebaya ngan aku.... so aku kena balik uruskan outing pakaian dia dan photographer untuk dia.... sebelum tu aku akan singgah kat seberang prai ke rumah member aku di Politeknik Kulim dan Penang untuk amik photoshoot salah sorang member aku kat sana..... dan aku juga akan diphotoshoot pada mggu depan oleh Pakwe sempena Pencarian Icon anjuran Pakwe...