Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

23 Mac 2008

Baju Tarian Rekaan Aku Sendiri...Tahun Ke 5 aku design baju tarian sendiri....




Tarian Rampaian Melayu

Gabungan 3 jenis tarian iaitu Asli, Zapin dan Joget...
AKu telah pun memilih dan hasil perbincangan Meor aku mereka tari mereka

berdasarkan tarian ini
  • Tari Tualang Tiga
  • Tari Zapin Bunga Melur
  • Tari Joget Lodeh Mak Lodeh
Tarian Etnik
Hanya satu jenis saja diperkenalkan , jadi aku memilih tarian suku kaum Melanau yang sememang unik ngan buluh dan step yang lain dari lain. Ia menceritakan sebuah Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan April setiap tahun. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walaubagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.

  • Tarian Alu-alu
Dengan semangat yang ada...insyallah kami dapat memegang juara lagi untuk tahun 2008 ini...Doakan kejayaan kami pada 24 April ini....


Nak tau sedikit tentang suku kaum Melanau....

bila ingat suku kaum Melanau nie...teringat lak ngan Pyan...apa cite dia skank...walaupun dia sanggup putus kawan ngan aku...huh...

22 Mac 2008

This Morning After Go Back From La Queen Nite...



Memang betul LQ skank semakin kureng...crowded people pun dah semakin berkurangan.... tambahan lagu-lagu yang semakin memborinkkan... lagu-lagu yang selalu dputarkan oleh Dj sepatutnya dah ditukarkan dengan lagu yang baru.... atau menvariasikan lagu-lagu lama dan wat comeback lagu-lagu lama.... dan yang terbaru...LQ kena peka dan refreshkan lagu yang ada... After abis clubbing, kami balik ke Shah Alam antar member aku dulu Carl then baru balik ke Nilai. Dalam perjalanan balik tu terjadi sesuatu pada aku dan Indra....Kereta yang kami naiki tu dilanggar belakang oleh sebuah MyV....terkejut la masa tu, aku yang menahan mengantuk terus terjaga.... pastu Indra bawa budak perempuan tu ke balai polis untuk selesaikan masalah mereka berdua...kat IPD Sepang.... huh nampaknya lewatla aku ke kuliah pagi tu...last2 skip kelas mathematic ....terus ke kelas bimbingan kaunseling dan kimia fizikal....huhuhu.... hari yang penuh dramatik.....

18 Mac 2008

Pesta Muzik bahang kian dirasai....


Minggu sebelum cuti , aku telah pergi ke Meeting berkenaan Pesta Muzik di SDSA... so seperti tahun lepas... aku mahu mengulangi kejayaan lepas dalam pertandingan tarian...tahun ni ia masih mengekalkan tarian rampaian melayu yang terdiri daripada asli, zapin dan joget sahaja... tetapi ada perubahan pada tarian etnik dimana pada tahun ni hanya satu je tarian etnik yang digunakan.... Latihan pun sudah dimulakan.... manakala arragement muzik telah dibuat oleh Meor...thanks sebab beri lagu paling vogue untuk tahun ni.... manakala aku pula memerah otak memikirkan step-step untuk tarian aku....aku berdoa dan berharap tahun sekolah kami mampu mengekalkan kejuaraan hingga ke peringkat kebangsaan di Terengganu pada tahun ini...Chaiyuk...

StarSearch Entertainment...

Petang Jumaat aku menerima panggilan Bro Shaun... bro ni merupakan kenalan aku dalam G4m , dia merupakan seorang pencari bakat baru dalam industri fesyen dan entertainment. So dia menawarkan aku untuk berkecimpung dalam agensi dia... sebelum ni aku memang berminat cuma kurang yakin dengan diri aku ni... Walaubagaimanapun dia mensyorkan aku datang ke pejabatnya pada esok hari di Ampang... Dia kata kita bincang hal ni di pejabat..... Esoknya aku pun sampai di officenya jam 1 lebih... dengan ditemani indra dan lanz... anyway banyak perkara dibincangkan tentang pic aku yang selama ni memang dia melihatnya dari dulu lagi di dalam G4m.... selain tu perbincangan kami berdasarkan bidang yang ditawarkan kepada ku iaitu...modeling...so better aku mencuba nasib untuk kali ni.... thanks to Bro Shaun kerna membuka peluang aku untuk menceburi bidang ni....pada aku...chaiyukkk....aja aja fighting...

14 Mac 2008



SCORPIO ( 24 OKTOBER - 23 NOVEMBER )
Orang nya: action serius, mudah cemburu, mood swing.. Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dgn org lain. WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning)

12 Mac 2008

Percutian Singkat 3 hari di Kuching...


Memandangkan dah lama sgt aku tinggalkan cerita dalam blog...aku kenalah cover up apa yang aku alami masa aku balik bercuti baru-baru ni.... Anyway terubat juak aku balit sinun...seeing my famili, old fren and my lovely hometown... banyak perubahan yang ketara... arus pembangunan yang semakin pesat membuatkan Kuching tampak pack ngan manusia dan bangunan pencakar langit tambahan lagi dah banyak lak fly over kat bandar Kuching ya... Dengan menaiki Air Asia tambang murah RM368 pergi dan balik, akhirnya sampai juak aku disana.
Dewan Undangan Negeri.... huhuhu besarnya...

Tambahan demam pilihanraya yang memuncak pada ketika itu, kenalah pada masanya my dad yang bz ngan urusan pilihanraya sampai aku terjebak sama masa malam kira undi di Dewan Suarah Kota Samarahan. BN menang pada malam tu... aku dan my dad dengan Datuk Tuhfail Mahmud melihat kemenangan pada malam tuh yang berpihak kepada Datuk Seri Sulaiman b Taib (anak Taib Mahmud). Dengan tak kena mengena kami semua dikeliling press pada ketika itu menanyakan tentang keputusan election pada malam tu.... aku plak terinterfrem lak.... so wajah aku pun keluar pada warta berita jam 5.30 petang pada hari Ahad berikutnya... lawak kan...

My dad pun berpuas hati dengan perkembangan badan ku yang semakin susut. Kini berat ku sudah mencapai 78 kg. Target 70 kg. tinggal 8 kg lagi... Hari tu 87kg. Chaiyuk Adit!!!!! Sebab tu dia berani bawa aku ke majlis skank... dan introduce pada kenalan dia... My mom pun kata ok... sampai member pun kata aku dah kembali langsing cuma dorang kata jangan kurus sangat...Aku dan Pris.....

Meeting famili pun dah settle... my mom pun dah kenal aku yang suka berfesyen.... so dia pun tak boleh bising dah apa yang aku pakai.... sebab aku dah semakin bijak memakai pakaian mengikut majlis dan waktu yang sesuai... Pasal adik aku....biarla menjadi rahsia.... namun pada petang ak mendapat berita terkejut bahawa adik mengalami kemalangan di jalan Sg Empit....motor ku rosak teruk namun syukur adik saya mengalami kecederaan minor sahaja...

Masa aku tahu adik aku accident aku bersama Man, Khamis, Pris dan An ngah makan dan jalan2 kat Waterfront... Aku terpaksa balik dan diikuti Man dan Khamis sebab dorang tumpang keta aku kat sana. Namun tak jadi aku mencadangkan my dad dan mom cari klinik yang buka pada ketika itu. Mujur Klinik Wan Alwi (klinik dato selalu g) buka pada masa tu... Sempatlah buat rawatan sedikit. Man dan Khamis ikut sekali. Dah wat rawatan adik aku pun dah ok then aku dan man serta khamis singgah Pasar Minggu Satok yang berdekatan dgn tempat tuh.... teman dorang cari alas meja corak Pua KUMBU.
Malam pilihanraya tu memang meriah. Meriah juga di kampung pada masa yang sama memandangkan pada malam ada kenduri kahwin Abg Munir di sebelah rumah... My mom pun terlibat , tambahan malam tu ada bergendang.... my mom feveret show ... Kebetulan pada esok hari aku , man dan Khamis pun ada tgk acara bergendang kat Waterfront... sambil acara bertandak ...wahhh besnya...rasa nak ikut je tapi takut terover lak cz nanti aku kuarkan banyak step menari memandangkan aku ni jurutari kebudayaan....hehehehehe..........
Acara bergendang dan bertandak (menari)