Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

11 Jun 2007

Percutian di Palm Beach Resort.... 9 Jun

Wah bestnya .... bila meninggalkan kesibukkan kotaraya yang hiruk piruk bagaikan nak rak dengan teknologi dan kerakusan manusia di ceruk-ceruk himpunan manusia bagaikan air sungai yang tidak putus-putus kunjung tiba...Lalu aku dan famili melarikan diri ke daerah terpencil iaitu Sematan...Sebuah daerah yang terletak dihujung ekor negeri Sarawak... Terkenal dengan tangkapan hasil lautan terutama sekali Ketam... Feveeret adik aku dan my dad.. aku iboh jak alergik ngan Ketam... Destinasi mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana... lagipun aku dan my dad dah biasa ke sana...selalunya lawatan ke tapak kosensi balak di belakang Gunung Gading... tempat Raflesia tumbuh melata... Lama gak aku tak ke laut melihat ombak yang bedesir dan memukul pantai... Kehidupan aku tenang buat seketika tatkala aku menikmati keindahan ciptaan Allah SWT... Masa ni la aku kena rehatkan minda kita agar balik ke tempat keje nanti fresh sentiasa....okla aku nak kongsi pic aku ke sana...

Tiada ulasan: